Sulit

3 tahun

Apa benyebab Tekak terasa gatal

Salam sejahtera.dr sy ade masalah sering berasa gatal tekak dan lelangit serta lidah…apakah penyebab berlakunya gatal2…serta sy mmpunyai ank berusia 9tahun dia sering mngadu lenguh2 tangan dan kaki…apa tindaka yg perlu sy lakukan pd ank sy…

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami masalah kegatalan tekak yang anda hadapi serta masalah kelenguhan tangan dan kaki yang dihadapi oleh anak anda.

Untuk makluman, masalah kegatalan pada tekak, lelangit dan lidah boleh disebabkan oleh alahan yang berlaku pada kawasan tersebut. Ia boleh disebabkan oleh:

  • Alahan makanan
  • Alahan terhadap sesuatu ubat
  • Alahan mengikut musim
  • Jangkitan kulat
  • Masalah penyakit anafilaksis, iaitu sejenis alahan yang disebabkan oleh sel darah putih yang sensitif terhadap sesuatu bahan asing, sehingga menyebabkan keradangan dan kegatalan.

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Oleh itu, kami sarankan anda untuk memastikan diri anda berjauhan daripada jenis-jenis alahan yang tersenarai di atas. Anda boleh dapatkan ubat dari farmasi untuk melegakan kegatalan atau mengamalkan pemakanan madu. Sila pastikan juga anda banyak meminum air kerana tekak kering boleh mempengaruhi kegatalan anda secara langsung.

Mengenai masalah kelenguhan tangan dan kaki yang dihadapi oleh anak anda, kemungkinan ia adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti:

  • Kurang nutrisi
  • Kurang rehat atau tidur
  • Terlalu aktif bersenam atau ketegangan otot.
  • Masalah pengsarafan am seperti multiple sclerosis
  • Jangkitan sesetengah virus
  • Masalah saraf tunjang yang boleh disebabkan oleh masalah tulang belakang seperti kecederaan, cakera terseliuh ataupun skoliosis (kerap berlaku pada jantina perempuan).
  • Pemakanan yang kurang zat seperti kalsium, magnesium, vitamin D, dan juga potasium. Sila amalkan pemakanan yang berkhasiat.
  • Berat badan tidak seimbang atau obesiti. Jumlah kolesterol badan juga mempengaruhi perkara ini.
  • Penyakit keturunan seperti darah tinggi (namun, simptom-simptom akan lebih jelas pada waktu usia dewasa).

Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.

Kami sarankan membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan ataupun jika anak anda mempunyai gejala kekebasan, kelumpuhan, masalah tumpuan, pengsan, masalah ingatan serta perubahan kulit seperti keruaman atau penyakit cacar.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak bersama pakar bertauliah

inline_image_preview

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)