
tembamtembam_t
5 tahun
Apa itu Gastrik dan GERD?
Sy berumur 36thn. Kebelakangan ini sy hilg selera makan berpunca drp demam teruk yg sy alami. Masalah sy apabila sy xmkn, gastrik sy mula naik. Sebelum ini, sy hanya kerap sendawa dan selepas itu kembali ok. Namun, beberapa hari lepas sy akan muntah apabila cuba makan. Dan akhirnya sy xmkn dan hanya minum air shj. Hosp ada memberikan ubat gastrik berbentuk cecair berwarna putih tp sy xberani ambil secara kerap kerana risau akn kesan dlm jangka masa panjang. Adakah gastrik sy serius? Adakah apa yg sy alami ini adalah GERD?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gastritis adalah peradangan lapisan dalam perut, sementara gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah sakit dan keradangan akibat daripada reflux acid perut yang naik ke esophagus.
Biasanya, ubatan dan rawatan untuk gastritis dan GERD adalah hampir sama. Biasanya ubatan yang diberikan untuk kedua penyakit ini adalah untuk mengatasi atau meneutralkan asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.