
Sulit
4 tahun
Apa nak buat kalau kene kencing tak lawas
apa nak buat kalau terkene kencing tak lawas, saya masa kecik dulu selalu kene tpi dah lama dah tak kene, tibe² kene slps saya puasa selama 4 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing tidak lawas. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca masalah kencing tidak lawas. Antaranya adalah:
a) Pundi kencing hipotonik. Keadaan ini menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikendalikan dan dikosongkan dengan baik.
b) Prolaps faraj (Rahim jatuh), di mana struktur faraj boleh menekan uretra dan menyekat salur air kencing.
c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkanmasalah penyingkiran air kencing.
Rawatan bagi masalah kencing tak lawas bergantung pada penyebabnya. Rawatanya adalah seperti:
- Jangkitan salur kencing paling kerap dirawat dengan ubat antibiotik, seperti penicillin atau amoxicillin.
- Pundi kencing prolaps, bergantung pada gred dan faktor-faktor lain, mungkin memberi tindak balas positif terhadap terapi penggantian estrogen. Alat seperti diafragma yang juga dipanggil pessary boleh dipakai dalam vagina untuk memegang pundi kencing di tempatnya. Dalam kes lain, pembedahan mungkin dilakukan untuk memastikan pundi kencing berada dalam kedudukan yang betul.
- Terapi lantai pinggul, di mana ahli terapi fizikal boleh menggunakan “biofeedback”, stimulasi elektrik, dan teknik latihan pundi kencing untuk membantu saraf dan otot yang terlibat dalam mengosongkan pundi kencing dengan lebih baik.
- Beberapa rawatan lain berdasarkan penyebabnya
Justeru, bagi mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya masalah ini berlarutan atau mengganggu anda, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan sempurna.
Jika terdapat petanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih