
jenny
6 tahun
Apa tanda - tanda strok sebenarnya?
Doktor, saya risau sebab tangan saya lemah semacam je di sebelah kanan ni. Adakah ini strok? Kalau bukan, apa tanda - tanda strok sebenarnya? Saya risau sebab makcik pakcik saya ramai yang mati sebab strok.

6 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Strok merupakan salah satu kondisi yang boleh menyebabkan lemah anggota badan. Strok juga boleh menyebabkan gejala lain seperti:
- Lumpuh
- Pertuturan yang kurang jelas atau tidak mampu bertutur
- Muka yang menggeletar
- Masalah penglihatan.
Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, anda harus pergi ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Strok yang tidak dirawat dengan awal akan menyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius.
Sejarah anggota keluarga yang menghidap strok merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko anda untuk diserang strok. Selain itu, faktor-faktor lain seperti:
- Berat badan berlebihan
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Penyakit jantung
- Tabiat merokok
Namun begitu, terdapat pelbagai jenis kondisi yang boleh menyebabkan kelemahan sebelah tangan. Contoh-contoh penyakit yang boleh menyebabkan kelemahan tangan termasuk:
- Keletihan
- Trauma
- Jangkitan selaput otak (meningitis)
- Trauma
- Masalah urat saraf
- Masalah otot di tangan
- Barah
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar rawatan awal boleh dimulakan segera untuk mencegah komplikasi serius.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Strok berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak anda terganggu atau berkurang, merosakkan tisu otak akibat kekurangan oksigen dan nutrien.
Dalam beberapa minit, sel-sel otak mula mati. Walaupun strok merupakan penyakit yang serius, ia boleh dirawat dan dicegah. Terdapat beberapa tanda-tanda penting untuk diperhatikan untuk penyakit strok seperti:
- Masalah dengan bercakap dan pemahaman
- Kebas pada bahagian tangan, kaki atau muka
- Kelemahan atau lumpuh secara tiba-tiba di muka, lengan atau kaki anda. Ini sering berlaku hanya pada satu sisi badan anda.
Cuba untuk mengangkat kedua-dua tangan anda di atas kepala anda pada masa yang sama.dan sekiranya satu lengan mula jatuh, anda mungkin mengalami strok.
Selain itu, anda boleh mengalami masalaha penglihatan seperti anda mungkin tiba-tiba mempunyai penglihatan yang kabur dalam satu atau kedua-dua mata, atau anda mungkin melihat dua kali ganda. Sekiranya anda mengalami simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor serta-merta.