
Sulit
3 tahun
Apabila makan sakit dlm perut selepas 2 jam
Apabila sy makan selepas 2jam perut sy sakit, sebelum ni slalu kentut acap kali, mcm ada angin byk dlm badan, cara mengatasi doctor mcm mn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang sakit perut selepas 2 jam makan serta kentut. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, sakit perut selepas makan boleh berlaku kerana:
- Makanan yang anda makan telah tercemar
- Anda makan dengan tidak mengunyah dengan betul menyebabkan perut anda sukar mencerna dengan baik
- Sakit perut menandakan anda perlu membuang air besar
Kentut juga adalah normal bagi setiap manusia. Kentut yang lebih banyak biasanya boleh disebabkan oleh sesetengah makanan seperti ubi, kekacang dan sayur tertentu. Namun ini tidak perlu dirisaukan.
Sekiranya sakit perut ini berlarutan dan mengganggu anda, sila rujuk masalh ini kepada doktor.
Anda boleh hubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu dengan lebih lanjut.
Harap penerangan ini membantu.
Terima kasih.