
Sulit
4 tahun
Apabila telan air liur tekak belah kiri sakit dan juga telinga belah kiri juga sakit
Saya berumur 21 tahun, saya mengalami sakit tekak pada bahagian kiri dan juga sakit di telinga kiri apabila menelan air liur dan jugak mengalami batuk tapi tidak kerap, selain itu juga dada saya berasa sempit dan kesukaran untuk bernafas , boleh saya tahu ape sebenarnya penyakit yang saya alami,

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Otitis media
Sesak pernafasan secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.