
Sulit
4 tahun
Apakah itu chemical pregnancy?
Sy wanita berumur 29 , boleh saya tau tanda tanda chemical pregnancy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, chemical pregnancy merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus sahaja implantasi berlaku. Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Struktur anatomi rahim yang tidak normal
- Kehamilan luar rahim
- Jangkitan rahim seperti klamidia atau sifilis (sexually transmitted diseases)
Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka mengalami keguguran dan hamil pada masa yang sama. Kebanyakan masa, ia tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Sekiranya bergejala, berikut merupakan beberapa gejala yang sering dilaporkan:
- Sakit perut seperti senggugut
- Pendarahan daripada faraj
Buat masa ini, tiada langkah atau sebarang cara untuk mengelakkan chemical pregnancy.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.