
Sulit
5 tahun
Apakah itu darah haid atau isitihadah dan adakah darah sebegitu merbahaya?
Hai, saya berumur 19.kadang2,saya akan mengalami istihadah. Saya selalu period 7-8 hari, lps hri ke 15,darah akan keluar lagi dan saya akan kira sebagai istihadah, namun kadang2 saya ragu2 kerana darah tersebut selalunya bewarna koko gelap, tidak berbau, nk tidak berketul. Adakah itu normal atau saya mengalami sebarang masalah? Harap dapat membantu, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Darah yang timbul selepas 15 hari dan keatas dikenali istihadah. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan pandangan ustazah kerana kami mempunyai kepakaran perubatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.