
Sulit
4 tahun
Apakah jenis-jenis makanan dan minuman yang tidak boleh diambil semasa hamil?
Saya wanita berumur 31 tahun, baru sahaja berkahwin dan sedang hamil berap minggu. Saya ingin mengetahui lebih lanjut jenis-jenis makanan dan minuman yang tidak boleh diambil sepanjang kehamilan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang penjagaan dan pengurusan diri ketika sedang hamil. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kandungan merupakan aspek yang penting dan perlu dijaga dengan baik terutamanya melalui pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat serta gaya hidup yang sihat. Antara Makanan dan minuman yang tidak digalakkan diambil ketika mengandung adalah :
- Makanan mentah ataupun makanan yang tidak dimasak sepenuhnya
- Telur mentah
- Kafein
- Organ haiwan
- Makanan yang tidak dibasuh dengan bersih
- Susu mentah
- Minuman Alkohol
- Makanan segera
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih