
Sulit
4 tahun
Apakah kesan terhadap kandungan dan kesihatan bayi selepas dilahirkan
Saya berusia 23 tahun ,Pada awal kehamilan saya dan suami merancang untuk menggugurkan kerana masih diawal fasa perkahwinan,saya mengambil ubat turun darah @ untuk menggugurkan . Tetapi tidak ada kesan apa apa selepas saya habiskan beberapa belas biji daripada dua jenis ubat tersebut . Selepas saya ke klinik dan scan , kandungan saya masih selamat dan sudah hampir 15 minggu . Adakah pengambilan ubat-ubat tersebut akan memberi kesan terhadap kandungan atau kesihatan bayi saya selepas dilahirkan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kesan sampingan yang yang boleh berlaku akibat pengambilan ubat gugur kandungan terhadap kandungan seperti:
- kecacatan pada bayi
- kelahiran pra matang
Kami tidak dapat memberi sebarang kesimpulan kerana perlu melakukan pemeriksaan fizikal terhadap anda. Oleh itu disarankan untuk anda merujuk doktor di pusat kesihatan berdekatan dan dapatkan kepastian mengenai tahap kesihatan kandungan anda.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.