saifulruddin8
5 tahun
Apakah prosedur yang akan diambil oleh pihak kementerian kesihatan mengenai corona virus
Jiran saya didapati positif mendapat virus covid-19. Adakah saya dan keluarga perlu membuat saringan. Keluarga saya tidak mengalami apa-apa simptom. Apakah perkara yang dilakukan oleh keluarga saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Ahli keluarga anda harus ke hospital untuk membuat saringan sekiranya pernah bercakap dengan jiran anda yang disahkan positif untuk virus ini lebih daripada 15 minute atau pernah berkumpul bersama dalam tempoh masa kurang 2 minggu sebelum keputusan jiran anda keluar. Pengendalian ujian COVID-19 adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































