
Sulit
4 tahun
Apakah risiko mengandung apabila ada penyakit kencing manis
Saya wanita umur 32 tahun…tahun lepas,saya sangkut kencing manis selepas besalin anak pertama…nak tanya doktor,apakah risiko jika pesakit kencing di sahkan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, sekiranya paras gula dikawal dengan baik sepanjang kehamilan , komplikasi kepada anak boleh dicegah and dikawali. Walaubagaimanapun, sekiranya paras gula di dalam darah berlebihan, ini akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.
Bayi akan mendapat tenaga yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkat kan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
Bayi anda juga mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda.
Oleh itu, paras gula darah bagi ibu mengandung perlu dikawal. Kawalan pemakanan dan pemeriksaan yang rutin bersama doktor penting bagi mencegah sebarang komplikasi seperti yang dinyatakan di atas.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.