
Anonymous
5 tahun
Apakah senaman yang sesuai untukk sakit mental
saya lelaki berusia 33 tahun menghadapi penyakit mental yang bernama skizofrenia selama 13 tahun bermula pada tahun 2007…punca adalah stres kerana kegagalan STPM …SIMPTOM SAYA SEKARANG ADALAH CEPAT LETIH DAN SAKIT KEPALA…DAN SEDIKIT STRESS…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala dan cepat letih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Selain meneruskan pengubatan skizofrenia serta rutin mengikuti terapi yang diatur, antara lain yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat gejala sakit kepala dan letih adalah:
- Mengawal stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein dan merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk melakukan pemeriksaan mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
- Rutin lakukan senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu. Antara senaman yang terbukti bagus untuk pesakit skizofrenia adalah senaman aerobik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.