
Sulit
4 tahun
Apakah tanda tanda jangkitan covid 19
Salam sejahtera dan Assalammualaikum…
untuk pertanyaan tajuk di atas, apakah simtom jangkitan covid
2@3 hari ni badan saya terasa tak bermaya dan terasa sejuk panas… tidak alami batuk&bersin

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda berkaitan gejala yang dikhuatiri merupakan jangkitan COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Akan tetapi, walaupun anda tidak mengalami batuk & bersin, agak sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 sendiri di sini.
Anda juga boleh melakukan ujian saringan atau swab COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan. Namun begitu, keutamaan akan diberi kepada golongan yang mempunyai kontak rapat dan berisiko. Pihak kami ada menyediakan khidmat ujian saringan COVID-19 yang boleh dilakukan di rumah, pandu lalu atau datang ke klinik.
Justeru itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih komprehensif.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini