
busanbilqis
4 tahun
Apakah vaksin koronavirus ini
doktor saya mau tanya ada adakah vaksin untuk sembuhkan penyakit koronavirus ini.???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiada vaksin bagi koronavirus ini.
Virus ini dapat tersebar melalui sentuhan dan najis. Hal ini dapat terjadi contohnya; sekiranya pesakit bersin tanpa menutup mulut dan hidung, cairan bersin terkena pada tombol pintu. Selang beberapa minit, orang lain datang membuka pintu dengan menyentuh tombol tersebut. Maka, virus akan berpindah kepada individu tersebut dan akan menyebabkan penyakit sekiranya individu tidak membasuh tangan sebelum memegang hidung dan mulut. Maka sebagai langkah berjaga-jaga, anda digalakkan untuk sanitize atau disinfect permukaan-permukaan.
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini