
Sulit
3 tahun
Apakah yg perlu dilakukan selepas tamat kuarantin
Hi doctor, sy +ve covid tudak bergejala dan telah habis melakukan kuarantin selama 10hari, dan masih belum ada panggilan dari kkm atau pkd, apakah yg perlu saya lakukan selepas tamat kaurantin 10hari dan perlu ke saya membuat swab test kali kedua ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 di negara kita masih belum berakhir, justeru, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, secara umum, setelah tempoh kuarantin 10 hari, anda perlu hadir ke klinik kesihatan untuk penilaian akhir dan pelepasan daripada kuarantin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ), untuk info lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapat penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini