
Sulit
3 tahun
Apendiks sakit perut
Saya pernah alami penyakit apendiks Dan pernah melakukan operation tapi sakit tetap sama

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berkenaan masalah kelainan najis, najis cair, dan penyakit IBS
Umumnya apendiks merujuk kepada organ kecil yang merupakan sebahagian daripada usus. Manakala appendisitis (yang anda maksudkan) merupakan inflamasi atau keradangan pada apendiks yang berisiko mendatangkan komplikasi yang serius serta mengancam nyawa. Gangguan saluran pencernaan ini lazimnya dapat berpunca dari pelbagai faktor.
Antara gejala yang sering ditemukan bagi gangguan ini termasuk
- sakit di bahagian kanan bawah abdomen (perut),
- demam,
- loya,
- muntah.
Namun gejala-gejala tersebut juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti
- relapse appendicitis
- inflammatory bowel disease
- gangguan otot & saraf abdomen
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.