
Anonymous
5 tahun
Appendiks dan sakit jantung
saya wanita berusia 28 tahun sejak akhir2 ni saya kerap sakit perut setiap malam kcuali 2 malam lepas je saya tak sakit tapi malam tadi sakit perut lg.pagi ni saya bangun perut rasa sakit and senak sangat sebelah kanan bawah perut.adakah saya ada appendiks? saya cuma rasa loya je akhir2 ni tapi tiada muntah lagi.even dah sedawa dan makan pun perut still sakit sebelah kanan lagi kenapa ya? then lately selalu kena serangan sakit dekat bahagian jantung.adakah hypertiroid menyebabkan saya ada masalah jantung juga?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Oleh sebab sakit dada bahagian jantung merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih