Anonymous
3 tahun
Ari ari kanan rasa kebas dan kadangkala panas sekitar 2 bulan
Saya lelaki sekitar 40 an,dalam 2 bulan ini kawasan ari ari kanan saya rasa kebas dan kadangkala rasa panas…bila berdiri saiz nya pula sedikit besar dari yg kiri…bila pagi bangun tidur, saiz sama saja tetapi rasa kebas sentiasa ada…apakah masalah saya ya…terima kasih tuan doktor…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, sakit ari-ari sebelah kanan boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
- Radang apendiks
- Angin pasang - hernia
- Radang kalenjar prostat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.