
Sulit
3 tahun
Asa yang sesuai unuk scan untuk pengesahan kehamilan
Saya wanita berusia 32 tahun. saya telah melakukan upt test di klinik berdekatan, dan upt naik dua line. tetapi semasa scan, masih tidak nampak. bilakah masa yang sesuai untuk saya scan untuk mengesahkan usia kandungan saya dan juga kondisi kandungan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, ujian UPT boleh memberikan keputusan positif kira-kira minggu kedua kehamilan. Biasanya, imbasan ultrasound yang pertama akan dibuat oleh doktor pada minggu keenam selepas tarikh haid yang terlepas bagi memastikan usia dan keadaan janin. Kantung kehamilan biasanya boleh dikesan kira-kiranya pada minggu keempat hingga keenam dan degupan jantung janin boleh dikesan pada minggu kelima atau keenam. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran dari tarikh haid yang terlepas.
Saya menyarankan agar menunggu sampai minggu kelima atau keenam dari tarikh haid yang terlepas, dan mengunjung klink kesihatan atau klinik pakar ibu dan anak yang berdekatan. Sementara itu, saya menasihatkan agar jaga kesihatan diri dan mengamalkan pemakanan dan jadual tidur yang sihat.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut jika diperlukan.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.