
Sulit
4 tahun
Asid folik dan multivitamin
Hi doctor, saya baru dapat tahu yg saya hamil minggu pertama. Saya hanya makan multivitamin yg mengandungi asid folik sebanyak 200mcg sejak sebelum saya hamil sampai sekarang. Adakah patut saya ambil tambahan asid folik yg lain yg mengandungi 400mcg? Untuk mengelakkan kecacatan pada bayi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, selain daripada amalan pemakanan sayur-sayuran yang kaya asid folik, pengambilan pil asid folik pada wanita usia subur adalah digalakkan terutamanya bagi mereka yang merancang atau sedang hamil. Dos asid folik yang dianjurkan adalah 400 mcg setiap hari, namun, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor. Hal ini kerana penambahan dos mungkin diperlukan bergantung kepada status rekod kesihatan seseorang wanita itu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih