Sulit
4 tahun
Asid folik untuk ibu mengandung
Saya wanita yg sedang mengandung 5 Bulan…pil asid folik yang Siberian oleh pihak klinik sudah habis ,jadi sya beli sendiri di farmasi yg dosnya sbnyak 5mg adakah ia bagus untuk bayi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, asid folik yang diperlukan jika wanita tidak berisiko ialah sebanyak 400 microgram. Memandangkan anda telah mengambilnya sebanyak 5mg, ia melebihi kadar tersebut. Maka, tiada sebarang masalah tentang dos yang telah anda beli.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.