Sulit
4 tahun
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. doktor saya ingin bertanya adaklah doktor boleh mengeluarkan batu tonsil tanpa pembedahan ? maksud saya ada atau tidak rawatan untuk membuang batu tonsil dengan bantuan doktor selain boleh dibuang sendiri di rumah?
assalamualaikum dan salam sejahtera… doktor saya ingin bertanya adakah doktor boleh mengeluarkan batu tonsil tanpa pembedahan ? maksud saya ada atau tidak rawatan untuk membuang batu tonsil dengan bantuan doktor kerana saya mempunyai batu tonsil tetapi mempunyai kesukaran untuk membuangnya sendiri.tolong saya doktor…terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda mempunyai keradangan dan pembengkakan tonsil, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat. Pada kebiasaannnya bengkak tonsil akan surut selepas memakan ubat. Anda tidak digalakkan untuk menyentuh atau berbuat apa-apa pada tonsil anda kerana ia boleh pecah dan membahayakan kesihatan anda sekiranya terdapat kuman yang memasuki saluran darah. . Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.