Sulit
2 tahun
Assalamualaikum & salam sejahtera doc
Pertanyaan saya,anak saya ada jangkitan kuman dalam darah.Untuk pengatahuan DR.anak saya dilahirkan pada usia kandungan 29 minggu dan berat baby hanya 820g. dan telah dimasukkan ke NICU Hospital Serdang sejak lahir sampai sekarang Apakah punca sebenar anak saya boleh terkena jangkitan kuman dlm darah. adakah peluang untuk anak saya sehat ada doctor?untuk pengetahuan doctor jugak…doc akan mengambil air dr tulang belakang anak saya…ada side infect ke dr pengambilan air tulang belakang?
Terima kasih doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami turut bersimpati dan sangat memahami kegusaran anda berkenaan kondisi anak anda. Anda juga ingin mengetahui penyebab jangkitan kuman dalam darah serta kesan sampingan pengambilan air tulang belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan kuman pada bayi boleh berlaku akibat dari beberapa faktor, antaranya termasuk:
- jangkitan yang tersebar dari cecair ketuban (chorioamnionitis)
- kelahiran premature - sistem kekebalan tubuh bayi belum cukup matang
- berat kelahiran bayi yang rendah
- ketuban pecah terlalu awal (prematang)
- jangkitan dari ibu ke anak semasa proses kelahiran
Umumnya pengambilan air tulang belakang merupakan kaedah perubatan yang selamat dan penting untuk menilai risiko kesihatan bayi yang serius seperti
- neonatal sepsis
- jangkitan virus/bakteria pada sistem saraf
- kanser
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.