Sulit
5 tahun
Asthma, Pneumonia, Covid-19 Vaccine
Ayah saya berumur 70 tahun. mengalami serangan asthma yg teruk dan kerap dalam sehari. Ayah saya pernah di-diagnose pneumonia pada awal tahun 2021 dan telah didiskripsi antibiotik oleh Dr. sehingga harini ini juga ayah saya kerap diserang asthma. adakah selamat bagi ayah saya untuk menerima suntikan vaksin covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keselamatan vaksin COVID-19 kepada bapa anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, sekiranya anda mempunyai sejarah gangguan asthma atau masalah pernafasan, pengambilan vaksin bapa anda boleh dipertimbangkan. Anda perlu menyatakan tentang sejarah gangguan asthma anda semasa mendaftar vaksin COVID-19.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

























