
violin7972
5 tahun
Autism tidak boleh fokus di dalam Kelas
Saya ialah Autism umur12tahun
Cikgu dan kawan saya cakap saya termenung selalu lapor saya
Sudah jumpa doktor pakar kanak-kanak adakah ubat untuk rawatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, autism adalah suatu spektrum masalah perkembangan semasa kanak-kanak yang sinonim dengan masalah berkomunikasi dan bersosial. Sekiranya adik telah didiagnosis mempunyai autism, hal yang boleh dilakukan adalah memperbaiki kualiti hidup agar adik dapat melakukan komunikasi dan bersosial dengan baik. Hal ini memerlukan bimbingan dan dorongan daripada orang tua.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.