ashly21

6 tahun

Ayah saya pernah bypass 5 tahun lalu

Ayah saya pernah bypass 5 tahun lalu dr. . Sekarang, kekadang ada sakit dada. Adakah ia benar boleh dapat attack 2-3 kali?

Dr Ilias Yee,

6 tahun

Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Untuk makluman pembedahan bypass bukanlah sejenis prosedur yang boleh menyembuhkan penyakit jantung. Prosedur ini berfungsi untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit dan mengelakkan komplikasi-komplikasi yang boleh mendatangkan maut.

Oleh itu, pesakit yang telah menjalani pembedahan bypass boleh mengalami gejala penyakit jantung semula selepas beberapa tahun.

Sakit dada yang dialami oleh ayah anda berkemungkinan besar ialah disebabkan oleh sejenis penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.

Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat.

Oleh itu, jika ayah anda merupakan seorang yang aktif, maka ayah anda akan mengalami sakit dada setiap kali ayah anda menjalankan aktiviti yang terlalu fizikal.

Selain itu, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:

  • Penyakit paru-paru
  • Penyakit tulang
  • Kayap

Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa ayah anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mencari punca kepada gejala tersebut.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan ayah anda. Pembedahan bypass jantung, atau pembedahan bypass arteri koronari adalah pembedahan yang digunakan untuk menggantikan arteri yang rosak yang membekalkan darah ke otot jantung anda.

Pembedahan ini dilakukan apabila arteri koronari menjadi kecil. Arteri ini membekalkan jantung anda dengan darah oksigen.

Jika arteri ini disekat atau aliran darah dihadkan, jantung tidak berfungsi dengan betul. Ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung.

Apabila kolesterol dalam darah anda yang dikenali sebagai plak membina pada dinding arteri anda, pengaliran darah ke otot jantung berkurangan.

Otot lebih cenderung menjadi letih dan gagal jika ia tidak mendapat cukup darah. Pesakit yang telah menjalani prosedur ini boleh mendapat penyakit jantung semula sekiranya mereka tidak menjaga kesihatan mereka.

Oleh itu, ayah anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera supaya ayah anda boleh mendapatkan rawatan yang secukupnya.

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)