
Sulit
5 tahun
Baby 1 month demam selepas vaksin bermula 19 Mac
Anak yg di jadualkan vaksin di klinik kesihatan pd 17/3 tapi sy telah bawa dia vaksin di klinik swasta kerana risau ruang kecil di KK dan terlalu ramai org. Pada 19/3 malam, anak sy demam sehingga hari ini 20/3 walaupun sy telah buat sponging. Dia menyusu seperti biasa (breastfeed) tapi pd harini sy pump utk monitor jumlah yg dia minum. Adakah demam dia di sebabkan vaksin tersebut? Apa yg sy dpt lakukan utk redakan demam dia? Apa yg sy perlu ambil perhatian semasa dia demam? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Suntikan vaksin boleh menyebabkan demam dalam segelintir kanak-kanak. Ini merupakan reaksi yang normal kerana terdapat vaksin yang memberi imuniti dengan menggalakkan pembuatan antibodi secara semula jadi. Anda harus sambung tepid sponging untuk menurunkan suhu badan anak anda.
Dalam situasi begini, anda harus merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya:
- Suhu melebihi 40 darjah Celsius
- Anak anda mengalami kesukaran bernafas atau menelan
- Anak anda tidak bertindak balas
- Umur kurang daripada 12 minggu
- Bayi menangis lebih 3 jam
- Bayi anda nampak lemah dan sangat sakit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.