
Sulit
3 tahun
Baby 3 bulan batuk berkahak
hi . anak saya baru 3 bulan dan mengalami batuk berkahak dan sesema. apa yang perlu saya buat untuk batuk berkahak . anak kurang aktif dan asyik meragam . adakah saya perlu ke klinik untuk menyedut kahak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah batuk berkahak dan selsema. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang hadapi oleh anak anda boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- alahan terhadap makanan, suhu atau persekitaran
- gangguan cemas atau tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan struktur saluran pernafasan
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, sinusitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- Allergic Rhinitis
- Sinusitis
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.