
Sulit
3 tahun
Baby minum susu formula berusia sebulan
Anak saya mau masuk 2 bulan, sejak 1 bulan memang sudah saya bagi susu formula, adakah normal kalau anak saya membuang air besar sekali sehari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, memang menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak kecil membuang air besar sekali sehingga empat kali dalam sehari, tetapi kami memerlukan maklumat tambahan sebelum dapat memastikan jika ia normal.
Kadangkala, bayi boleh mengalami sembelit apabila bertukar daripada susu ibu kepada susu formula.
Sekiranya terdapat perubahan dalam warna, atau kuantiti najis, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda boleh menghubungi doktor pakar kanak-kanak sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kanak-kanak.