
Sulit
2 tahun
Baby sebulan masih jaundice
Anak says selamat dilahirkan pada 25feb 2020.sehingga harini is masih kesihatan kuning .musim PkP menghalang kami untuk ke hospital.tetapi sebelum ini anak saya sudah admit under fotosession.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seandainya bayi masih kuning setelah melebihi usia 3 minggu. Fenomena ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- akibat susu ibu
- hypothyroidism (kurang hormon tiroid)
- cholestasis (sumbatan pundi hempedu)
- pyloric stenosis (perut mengecil)
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, seandainya terdapat gejala tambahan seperti muntah, tak makan, demam dan lain-lain, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.