
Sulit
3 tahun
Baby susah berak bahaya kah?
salam dr…baby saya 42 hari dan saya memberi breastfeeding dan jugak susu formula…baru2 nie anak saya tidak berak selama 4 hari…saya mendapati perut ank saya lembut,sering kentut tapi suksr untuuk berak…saya tidak tahu cara unutk mudahkan ank saya untuk berak…dr ada cara untuk mudahkan ank saya berak tak??? bahaya tak untuk ank saya???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini iaitu bayi anda tidak berak selama 4 hari. Untuk pengetahuan anda, kekerapan untuk membuang najis seorang bayi bergantung kepada individu tersebut. Sesetengah bayi membuang najis sekali sehari, ada juga sekali dalam beberapa hari malahan ada juga sekali seminggu. Selagi perkembangan bayi anda sihat dan berat badan meningkat secara normal, anda tidak perlu begitu risau tentang bilangan kekerapan membuang najis.
Namun begitu sekiranya bayi anda mengalami simptom sembelit, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Antara simptom sembelit adalah:
- Bayi kerap menangis
- Kurang selera menyusu atau makan
- Meneran dengan berlebihan sehingga muka berubah warna merah tanpa keluar najis
- Najis yang sedikit dan keras
- Najis yang kering dan berwarna gelap
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.