hanim910606
4 tahun
Baby susah nak berak
Saya nurul umur 28…anak saya baby first 2bulan++ susau nak berak anak susu bf+fm…susu fm saya try infalac x berak jugak…saya tukar susu bebelac dumex…selain untuk bg bby senang berak mcm mn ya…kesian bby nak berak ja merah muka2 sambil menangis kuat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jumlah susu yang tidak mencukupi
- salah pilihan susu
Anda boleh mengurut perut bayi setiap pagi bagi meningkatkan pergerakan usus bayi dan kerap memandikan bayi kedalam air suam atas sebab yang sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.