
Sulit
3 tahun
Baby tak naik berat badan
Dalam 2,3hari ni terasa berat badan baby saya semakin ringan… dan sy jugak stat perkenalkan dia dengan bubur dan solid food tapi dia mnunjukkan kurang minat tetapi dia smakin aktif. Adakah swbab dia swmakin aktif berat smkin ringan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah kesusutan berat badan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang hadapi oleh anak anda boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Kurang selera makan
- Kekurangan zat ( malnutrition )
- terlalu kerap membuang najis
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan cacing
- Masalah jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.