
Sulit
5 tahun
Baby tidak kelihatan semasa ultrasound
Saya pergi dating scan pada 23/11/29…saya pergi check berdasarkan kiraan period yg lepas (8mggu 5hari) namun doktor inform baby tidak kelihatan di monitor semasa pemeriksaan tetapi heartbeat baby ada. Doktor tersebut suruh datang scan semula dua minggu kemudian. Adakah perkara ini normal? And berapa anggaran kandungan saya pd masa ini doktor? Saya juga sblm ini sentiasa irregular period…terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, adalah normal untuk keadaan yang anda alami iaitu bayi tidak kelihatan sewaktu pemeriksaan di awal kandungan kerana saiznya yang masih kecile ketika ini.
Berkenaan usia kandungan anda, pihak saya tidak boleh membuat sebarang jangkaan tanpa maklumat lengkap, tambahan pula anda mempunyai kitaran haid yang tidak tetap.
Sila dapatkan penjelasan doktor pada temujanji di klinik yang seterusnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.