
Sulit
4 tahun
Baby xberak seminggu
hii,maaf bertnya,sy ad seorg baby berusia 2bln 1hri biase baby sy normal berak hri hari lately ni die xberak lnsg selama smgu daa susu normal die mnm mcm biase,risau bimbang jdi penyakit lain plk nt sy hrap doktor bole beri pnjelasan detail tentang masalah ni,tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pembuangan air besar yang dihadapi oleh bayi anda. Untuk makluman anda, ini mungkin boleh disebabkan oleh masalah saluran usus yang tersumbat atau masalah penghadaman bayi anda. Antaranya ialah :
- Permakanan kurang fiber
- Penyakit ‘Hirschprung’
- Jangkitan kuman
- Penghasilan volvulus (usus tersumbat)
- Intussusception
- Masalah pengsarafan usus
- Pengecilan salur usus kecil
- Bahan asingan yang termasuk kedalam sistem penghadaman
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan
Thank you.