Sulit
3 tahun
Bacaan degupan jantung melalui aplikasi telefon pintar
Boleh kah kita baca degupan jantung melalui aplikasi di telefon pintar seperti " heart rate monitor " di playstore/appstore… adakah itu sama d
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, secara amnya bacaan degupan jantung menggunakan applikasi telefon pintar melalui jam tangan pintar adalah kurang tepat dan bukan bertujuan untuk perubatan.
Nasihat saya, anda boleh menggunakan applikasi tersebut untuk mengetahui bacaaan degupan jantung anda. Namun sekiranya bacaan kurang atau terlebih dari normal, disarankan untuk anda memastikan kesahihan bacaan tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!