
Anonymous
5 tahun
Bacaan demam kuning (Jaundice)
Adakah bacaan jaundice 5.5 pada hari kedua bayi dilahirkan normal? Adakah bacaan akan meningkat pada hari seterusnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan tuan/puan, terdapat beberapa faktor kekuningan kulit bagi bayi baru lahir terjadi. Maklumat lanjut seperti unit bacaan sebelum ini serta sejarah kehamilan pasangan perlu diketahui untuk memastikan nilai bacaan yang diberikan tidak disalah tafsirkan. Antara faktor kekuningan pada bayi baru lahir adalah:
- Fisiologikal
- Kekuningan kerana susu ibu
- Penyakit G6PD
- Ketidaksepadanan Rhesus dalam darah
Untuk mengetahui secara peribadi mengenai kadar normal nilai bacaan bilirubin bayi tuan/puan sila bertanyakan kepada pakar perubatan kami di (DoctorOnCall) untuk maklumat terperinci.