
bellabebyluxs
5 tahun
Badan bongkok serta sakit pinggang dan belakang
Salam. Sy wanita berusia 23tahun dan telah berkahwin.
Sy mempunyai masalah badan bongkok serta sering sakit pinggang dan belikat. Sy tidak boleh duduk atau berdiri tegak dlm jangka masa yg lama kerana badan akan rasa kebas dan pinggang juga turut sakit. Sy juga menyusukan anak. Dan sgt sukar bg sy utk dapatkan posisi yg baik disebabkan oleh badan yg bongkok. Sangat tidak selesa dan kejang. Soalan sy, bagaimana cara pulihkan bongkok ini? Sy alami sejak sekolah rendah lg. Mohon nasihat dan pencerahan…terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
Bagi mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan untuk
- Membuat senaman dan regangan yang betul.
- Mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul
- Mengurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.