
shodiyyahzainal
4 tahun
Badan kerap letih dan pitam
Saya wanita 20 an saya kerap pitam dan pening saya dah berjumpa dengan doktor. Doktor kata saya ada penyakit anemia apa yang perlu saya buat. Perlu ke pergi ke hospital dapatkan rawatan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anemia ialah kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah dan kebanyakkan faktor adalah disebabkan kurang nutirisi seperti zat besi, aisd folik dan vitamin B12. Faktor lain ialah penyakit thalasemia, sakit buah pinggang dan penghidap sakit kronik. Sebagai cubaan rawatan awal, anda boleh mengubah diet atau mencuba suplemen di farmasi. Anda juga boleh klik di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berbincang dengan ahli farmasi kami akan suplemen dan pemakanan yang sesuai untuk pesakit anemia.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.