abisyuja3

3 tahun

Badan lemah, terasa penat dan letih walau tidak buat kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor. Mohon bertanya, pada 19/3 sy tiba rasa jantung berdegup laju, pening, rasa lemah sangat badan, xselesa bila bernafas. Saya baring dan rileks, tapi x ok juga. Sy pergi ke klinik dan buat ecg, ujian darah, doktor kata jantung normal cume tekanan darah dan darah putih tinggi sikit. Doktor beri antibiotik amoxycillin dan paracetamol. Lepas makan ubat, masih lagi rase simptom2 diatas dan tekak rasa xselesa, macam kene tekan, tapi xkuat. Pada 23/3 saya pergi ke klinik, dan doktor melakukan pemeriksaan biasa. Doktor bagitau semua normal, tetapi badan saya masih lg rasa lemah, lenguh2, penat. Pada 29/3 saya pergi ke hospital sebab rasa pening sngt, dada berdebar, xselesa nak bernafas, badan lemah dan buat pemeriksaan ecg, ujian darah dan x-ray. Hasil ujian semua normal kecuali DARAH PEKAT sikit, tetapi saya TIDAK MEROKOK. Doktor nasihatkan banyakkan minum air masak. Pada 14/4 saya sekali lagi pergi ke klinik kesihatan kerana sampai ke hari ini rasa lemah badan masih ada… Rasa letih, lenguh2, macam baru lepas angkat barang berat2, hidung tersumbat, kdg2 berair, batuk kadang2, berdebar cuma xkuat macam sebelum2 ni, bila berdebar je, rasa xselesa nak bernafas. Doktor hanya suruh buat ujian darah sebab takut2 denggi. Hasil ujian darah semua normal kecuali DARAH PEKAT. Doktor cakap biasanya darah pekat ni perokok tetapi saya BUKAN PEROKOK. Untuk makluman doktor, alhamdulillah saya minum air suam purata 5-7 gelas setiap hari. Dan sebelum ni tiada apa2 masalah kesihatan dan alahan. Anxiety pun tiada sebab saya orang yang rileks2 je. Cuma tu la, terfikir juga dah lebih sebulan tetapi masih rasa lemah badan, xlarat, lenguh2. Bila makan panadol kurang sikit rasa, lepas tu rasa balik. Mohon pandangan doktor mengenai masalah saya dan adakah terdapat ujian lain yang boleh saya lakukan untuk mengetahui status kesihatan saya ini selain ujian darah ? Terima kasih. Maaf sebab panjang penerangannya

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya melihat bahawa anda telah melakukan pelbagai ujian darah dan radiologi untuk memeriksa keadaan anda dan dinilai oleh beberapa pakar kesihatan. Oleh itu, saya cuma boleh memberi nasihat kepada anda supaya lebih aktif dan melakukan senaman ringan di rumah. Ujian yang dijalankan adalah berdasarkan simptom dan anda telah melakukan ujian yang sepatutnya.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

neck-pain-sakit-leher

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)