Sulit
4 tahun
Badan lesu dan tiada selera untuk makan
Saya sudah 4 hari sah Covid. Demam sudah kurang tapi badan lesu dan tiada selera makan. Apa perlu saya buat. Perlukah saya terus makan panadol
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, penyakit Covid biasanya akan bergejala sekurangnya 2 minggu, berbeza untuk setiap individu. Gejalanya termasuk demam, berkahak, batuk, lesu, lemah, sukar pernafasan, sakit kepala, sakit otot atau sendi, kehilangan rasa dan bau, loya dan muntah. Jika suhu badan telah sembuh jadi biasa, anda boleh hentikan panadol, meneruskan perubatan anda kalau tidak.
Selain itu, sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454. Langkah ini akan lebih berkesan daripada pergi ke hospital sendiri.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































