
Sulit
3 tahun
Badan mengeletar/mengigil
Saya wanita 20an selalu memgigil terutamanya bila keluar pergi ke kedai atau bila di tempat umum yang ramai orang. Bila memgigil saya jadi xfokus, lupa apa yang jadi masa tu. Contoh apa yang berlaku minggu lepas saya pergi ke kedai dan semasa membayar di kaunter, tangan jadi sangat mengigil. Selepas itu, saaya ke bank atm utk keluarkan duit. Tapi atm pertama yang saya nak keluarkan duit itu xde duit. Jadi syaa pergi beratur di atm sebelah. Tapi bila cari kad bank saya tiba2 tiada. Saya lupa apa yang jadi masa tu sama ada saya ambil kad tu atau tak sbb masa tu syaa menggigil xboleh nak fokus. Jadi saya nak tanya pandangan Dr, adakah ini anxiety atau pada pendapat Dr simptom saya ini menjurus kepada penyakit apa? Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataas di atas, kami memahami anda mempunyai gejala keresahan, menggigil dan tidak fokus apabila di tempat awam. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan gejala berikut. Contohnya adalah:
- Masalah thyroid
- Masalah rima jantung tak sekata (Arryhtmia)
- Anaemia
- Agoraphobia
- Social phobia
- Penyakit panik melampau (Panic disorder)
- Masalah keresahan (Axiety disorder)
Sepertimana tersenarai di atas, terdapat banyak penyakit yang mempunyai simptom seperti anda nyatakan. Kemungkinan gejala anda alami berpunca daripada masalah psikiatri. Walaubagaimanapun, ini hanya diagnosis umum dan kurang tepat.
Terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi untuk membantu. Antaranya:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)
- Support group
- Therapeutic assessment
- Circle time and support programmes
- Islamic spiritual therapy
- Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345
Bagi rawatan lanjut, kami sarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.