
Sulit
3 tahun
Badan Panas dan berlendir
Selamat pagi Doc, saya ANDY 35 tahun, saya mengalami masalah kesihatan dimana badan saya terasa sangat panas di bahagian dalam.
Selain itu, lidah saya terasa panas seperti terbakar dan setiap subuh jam 3 pagi atau hari hujan dan bangun pagi, hidung sy terasa sangat gatal, cecairan jernih yang berlendir banyak akibatnya saya kerap batuk2. kalau tengah hari atau cuaca panas sy tidak mengalami masalah tersebut…
terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala badan panas yang anda nyatakan adalah sangat subjektif. Sila pergi ke fasiliti kesihatan terdekat ataupun dapat termometer untuk mengukur suhu tubuh anda yang meningkat tersebut. Suhu tubuh melebihi 37.5 dapat dianggap sebagai demam.
Di samping itu, melihat kepada kejadian wabak yang berlaku, andainya anda mempunyai riwayat ke negara China atau terdedah kepada pesakit dari China, adalah sangat dicurigai sekiranya anda terkena jangkitan Coronavirus. Hal ini kerana kumpulan gejala yang anda alami adalah sangat mirip jangkitan virus Corona iaitu:
- batuk
- demam
- sesak nafas
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini