
Sulit
2 tahun
Badan panas dan nafas pendek
Salam sejahtera, pada 4 hari yang lepas saya mengalami sakit kepala semasa banguntifur
Pada keesokkan harinya saya mengalami badan panas dan nafas pendek
Saya risau dengan penyakit yang sedang menular seluruh dunia
Haruskah saya membuat saringan covid 19??
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera,
Kami sedia maklum bahawa anda wanita berumur 31 tahun dan baru sahaja pulang dari Thailand. Tahniah kerana mengambil inisiatif menjawab ujian berkenaan dengan risiko COVID-19.
Jika anda dikelaskan pada kategori berisiko tinggi, anda digalakkan untuk pergi ke mana-mana fasilit perubatan untuk mendaparkan khidmat perubatan. Anda juga mungkin perlu untuk dikuarantin di tempat khas.
Selain jangkitan virus COVID-19, masalah nafas pendek boleh juga disebabkan oleh masalah berikut:
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Asma
- Masalah jantung
Kami harapkan agar anda mematuhi nasihat ini dan semoga jawapan ini membantu anda. Terima kasih