
Sulit
4 tahun
Badan panas waktu petant
Anak sy berumur 11 thn setiap ptg mesti bdn pns suhu 38-40C. Dia start dr 27/8 smpi skang 8/9…Dh check darah 2x Dr ckp xde apa2…pegi sklh cikgu srh blik…mcmana nk pegi sklh klu suhu asyik pns je… Sklh pagi suhu dia normal 36.6…dia aktif mkn berselera cuma bdn je pns… Sy harap Dr dpt bantu sy apa masalah anak sy ni… Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih yang diajukan.
Kami memahami anda bimbang terhadap masalah yang dihadapi oleh anak anda.
Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menerangkan dan memberikan anda kelegaan fikiran.
Berdasarkan maklumat yang telah diberikan anda, anak anda aktif dan berselera makan serta suhu badannya pada waktu pagi adalah normal. Hal ini sahaja telah menerangkan kondisi anak anda yang tidak bermasalah dari segi aspek kesihatannya. Pada sebelah petang, suhu anak anda telah meningkat dan hal ini boleh terjadi kerana pelbagai perkara seperti bermain di bawah matahari terik, pengesan suhu bacaan yang kurang tepat atau hal hal lain.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut di klinik atau Hospital berdekatan. Anda juga boleh berhubung dengan kami di link ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi atas talian bersama pakar secara peribadi. Terima kasih.