
Anonymous
6 tahun
Badan rasa x selesa
saya wanita berumur 28 tahun, mengalami masalah kebas pada tapak tangan kiri dan jugak kaki, sometimes dada terasa sakit, badan panas di waktu malam dan juga mengalami masalah haid yg tidak teratur, Adakah penyakit ini berkaitan dengan masalah serangan jantung?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Terdapat banyak punca sakit dada, salah satunya adalah masalah jantung. Namun usia anda adalah masih muda dan jarang serangan jantung berlaku dalam kalangan mereka di lingkungan usia ini.
Berdasarkan simptom-simptom yang anda hadapi, masalah kebas, biasanya berkaitan dengan masalah saraf. sakit dada juga boleh disebabkan masalah ini.
Badan panas pada waktu malam adalah berkemungkinan akibat proses keradangan yang berlaku dalam badan anda berpunca daripada radang atau jangkitan pada mana mana bahagian tubuh seperti dada yang turut boleh menyebabkan kesakitan tersebut.
Masalah haid teratur pula biasanya berpunca daripada masalah hormon atau struktur rahim, ovari atau cerviks anda.
Untuk mengetahui punca masalah anda ini, sebaiknya anda dapatkan nasihat lanjut daripada doktor. Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat kerana maklumat lebih lanjut, pemeriksaan dan ujian tertentu diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut. Terima kasih.