
Sulit
4 tahun
Badan Sering Berasa Lesu, Tidak Bertenaga dan Kerap Sakit Pinggang Dan Banyak Masalah Lain2 Lagi
Assalamualaikum. Saya seorang surirumah berusia 23 tahun baru sahaja melahirkan anak sulung setahun yang lepas. Sejak saya dalam pantang lagi, saya selalu rasa pening kepala, badan terasa lesu, selalu mengantuk, sukar nak bangun tidur, sukar nak kawal emosi, kerap menangis tanpa sebab dan selepas saya hadapi seakan depression mesti keesokannya seharian saya jadi tak bermaya dan terpaksa berdiri dgn memegang perabot2 dan dinding.
Baru-baru ini, dalam sebulan juga saya kerap rasa meloya, perut cepat membuncit 2 kali ganda seolah2 mengandung setiap kali lepas saya makan. Makanan selalu tk dpt habiskan. Sekali sekala je berjaya habiskan. Air kencing saya pun nmpk keruh dan berbuih sedikit. Baru2 ini pun selalu rasa sakit pinggang. Buang angin pun rasa agak sakit sedikit. Apa patut saya buat ya?
Dah lama sangat menderita dengan semua masalah ini tapi tak tahu nak buat macam mana. Sehinggakan kerja2 rumah pun tidak terurus. Mohon bagi pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada segenap gejala yang anda sebutkan di dalam ruangan soalan:
- Anemia (kurang darah merah)
- Kurang rehat
- Demam viral (viral fever)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Ini hanyalah keterangan am daripada pihak kami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Pitam atau perasaan ingin pitam
- Hilang selera makan dan minum
- Berat turun secara mendadak
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.