Anonymous
6 tahun
Bagai mane nk ambil ubat di mane
sy kerap kencing sakit n jadi kuar nanah apa tu doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah nanah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda diperlukan, sebelum menentukan ubat yang sesuai untuk diberikan. Anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima kasih.


































