Sulit
2 tahun
Bagaimana cara follow up case depression/insomnia di hospital kerajaan?
Hi doc. Saya cuma nak tanya. Beberapa bulan yang lepas, saya ada berjumpa dgn doktor pakar psikiatri di HTAR Klang untuk sesi kaunseling. Dan saya mendapat preskripsi ubat anti depressant (Escitalopram) dan ubat tidur (Lorazepam) dari doktor tersebut akan tetapi saya tak dapat tarikh temu janji seterusnya. Sebab keadaan saya belum stabil lagi. Dan tiada perubahan dari hari terakhir saya berjumpa dengan pakar psikiatri. Dan insomnia saya masih lagi tidak dapat dikawal. Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan follow up case di hospital kerajaan HTAR Klang untuk dapatkan rawatan pakar paikiatri dan pemantauan semula serta preskripsi ubat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda ingin mengetahui bagaimana mendapatkan temujanji follow up di hospital kerajaan. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, bagi mendapatkan temujanji ini, anda perlu hubungi klinik pakar psikiatri di hospital tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk menghubungi pihak hospital HTAR Klang sendiri bagi mendapatkan maklumat.
Harap ini membantu.
Terima kasih.